suria

Penanti: MP Kulim-Bandar Baharu mahu BN beri PKR laluan

PETALING JAYA: Pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) menggesa Barisan Nasional (BN) memberikan laluan kepada Parti Keadilan Rakyat (PKR) dengan tidak meletakkan calonnya pada pilihan raya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti.

Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Noordin berkata, beliau tertarik dengan dengan kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak yang menyatakan bahawa pilihan raya kecil Penanti akan hanya membazirkan wang rakyat dan menghilangkan fokus tumpuan ke arah membangunkan ekonomi negara.

"Sejajar dengan saranan itu, saya mencadangkan kepada BN supaya memberi laluan kepada calon PKR untuk menduduki kerusi tersebut tanpa perlu pemilihan atau pengundian.

"Bermakna saya mencadangkan agar BN tidak meletakkan sebarang calon pada hari penamaan calon," kata beliau dalam blognya.

Langkah itu sudah tentu akan dapat mengelakkan pembaziran wang rakyat dan membolehkan kerajaan menumpu kepada menangani masalah ekonomi dan kewangan negara.

Pandangan itu diberikan secara kebetulan Najib memberitahu wartawan di Kuantan hari ini bahawa BN kemungkinan tidak akan meletakkan calonnya bertanding pilihan raya kecil kerusi Penanti.

Artikel Berikut

Artikel Lain