suria

Farid: Saya sedar risiko lepaskan jawatan Senator, Kabinet

SENATOR Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh, 46, menurunkan tandatangan selepas mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Negara bagi penggal kedua di hadapan Timbalan Yang Dipertua Dewan Negara, Datuk Ir Wong Foon Meng hari ini. - foto The Star oleh SIA HONG KIAU
SENATOR Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh, 46, menurunkan tandatangan selepas mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Negara bagi penggal kedua di hadapan Timbalan Yang Dipertua Dewan Negara, Datuk Ir Wong Foon Meng hari ini. - foto The Star oleh SIA HONG KIAU
SENATOR Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh, 46, menurunkan tandatangan selepas mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Negara bagi penggal kedua di hadapan Timbalan Yang Dipertua Dewan Negara, Datuk Ir Wong Foon Meng hari ini. - foto The Star oleh SIA HONG KIAU

KUALA LUMPUR: Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh, calon Barisan Nasional (BN) bagi pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu bulan depan, hari ini mengangkat sumpah sebagai Senator buat penggal kedua dengan memahami "risiko" bakal dialami.

Bagaimanapun beliau yakin pengundi Kuala Terengganu juga akan memahami 'pengorbanan' itu dengan memberi sokongan kepadanya untuk berkhidmat dalam kapasiti yang berbeza kelak.

Sambil memahami risko kehilangan jawatan Timbalan Menteri Dalam Negeri dan kedudukan sebagai ahli Dewan Negara apabila turun gelanggang 6 Januari ini, Ahmad Farid berkata:

"Ya, dari satu sudut ia merupakan tindakan berisiko, tetapi pada masa yang sama, saya mengharapkan bahawa pengundi-pengundi dalam kawasan Parlimen Kuala Terengganu dapat memahami keadaan ini dan memberikan sokongan kepada saya untuk meneruskan tugas dalam kapasiti yang berbeza."

"Kalau dulu (saya berkhidmat) sebagai ahli Dewan Negara dan kali ini sebagai ahli Dewan Rakyat (jika memenangi pilihan raya kecil 17 Januari).

"Saya mengharapkan bahawa mereka akan memberi peluang kepada saya untuk berkhidmat kepada mereka dalam kapasiti yang berbeza," kata Ketua Umno Bahagian Kuala Terengganu ini ketika ditemui mStar Online di sini.

Kira-kira dua jam sebelum ditemui, Ahmad Farid mengangkat sumpah sebagai Senator untuk penggal kedua pagi ini.

Turut serta mengangkat sumpah hari ini ialah Naib Ketua Wanita Umno Terengganu, Fatimah Hamat.

Pelantikan mereka diputuskan oleh kerajaan negeri seminggu yang lalu.

Sehubungan itu, pelantikan Ahmad Farid sebagai ahli Dewan Negara kemungkinan hanya bertahan selama dua minggu memandangkan beliau akan meletakkan jawatan berkenaan pada 5 Januari tahun iaitu sehari sebelum hari penamaan calon.

Tindakan itu dibuat bagi membolehkan beliau bertanding pada pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu.

Ahmad Farid berkata, pejabatnya sedang menguruskan soal berkenaan.

Kerusi itu kosong ekoran kematian penyandangnya, Datuk Razali Ismail yang juga Timbalan Menteri Pelajaran pada 28 November lalu.

Terdahulu ketika ditanya sebab beliau mengangkat sumpah sedangkan sudah diumumkan sebagai calon pilihan raya kecil, Ahmad Farid memberitahu, langkah itu bertujuan memastikan kelancaran pengurusan Kementerian Dalam Negeri.

"Sebab kementerian perlu terus bergerak, buat masa sekarang menteri di luar negara dan (seorang) timbalan menteri sedang bercuti... seorang timbalan menteri perlu berada di sana (kementerian) untuk menguruskan dokumen," kata beliau yang juga Timbalan Menteri Dalam Negeri.

Artikel Sebelum

Zahar sah sertai PAS

Artikel Berikut

Artikel Lain