Raja Petra buta sejarah anggap Chin Peng pejuang kemerdekaan kata ahli sejarah - Semasa | mStar

Raja Petra buta sejarah anggap Chin Peng pejuang kemerdekaan kata ahli sejarah

SEREMBAN: Penulis blog Raja Petra Kamarudin (gambar) disifatkan sebagai buta sejarah kerana menganggap bekas setiausaha agung Parti Komunis Malaya, Chin Peng, sebagai orang yang memulakan perjuangan menuntut kemerdekaan.

Bendahari Persatuan Sejarah Negeri Sembilan Mohd Misan Mastor berkata bahawa orang Melayu telah mula berjuang menentang penjajahan sejak kejatuhan empayar kesultanan Melayu Melaka, diikuti pada zaman Portugis, Belanda, Inggeris dan Jepun.

"Chin Peng bukan orang pertama yang mengangkat senjata," katanya kepada Bernama di sini hari ini bagi mengulas satu ceramah oleh Raja Petra baru-baru ini bahawa kemerdekaan negara ini sebenarnya telah dimulakan oleh orang bukan Melayu, dan bahawa Chin Peng adalah seorang pejuang kemerdekaan.

Mohd Misan berkata kemuncak kepada perjuangan orang Melayu menuntut kemerdekaan ialah kejayaannya menggagalkan usaha penjajah Inggeris untuk memperkenalkan Malayan Union yang bertujuan antara lainnya menghakis kuasa raja-raja Melayu.

Beliau meminta Raja Petra menunjukkan bukti bahawa kemerdekaan telah dicapai hasil usaha orang lain.

"Inilah akibatnya bila orang Melayu sudah hilang semangat nasionalis dan menjadi cetek sejarah," katanya. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Remaja tertembak ibu selepas dimarahi bapa

Artikel Berkaitan

Klik

default image

TVET ada potensi besar untuk kerjaya masa depan, ini lepasan SPM perlu tahu untuk jadi graduan ‘terhangat di pasaran’

HEBAT calon-calon SPM tahun 2019 apabila pencapaian mereka lebih baik berbanding tahun sebelumnya.

default image

Covid-19: Seminar Dr Azizan diteruskan secara online, tapi auranya ‘fuhhh’ macam buat dalam dewan besar - “Kami tak nak tangguh kejayaan anda”

PENULARAN wabak Covid-19 semakin meruncing berikutan peningkatan mendadak jumlah kes jangkitan virus itu di Malaysia.

Artikel Lain