54201 pengedar dadah tahun ini - Semasa | mStar

54201 pengedar dadah tahun ini

KUALA TERENGGANU: Sejumlah 54,201 pengedar dadah berjaya diberkas di seluruh negara membabitkan nilai rampasan dadah RM248 juta bagi tempoh Januari hingga Oktober tahun ini.

Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar berkata sejajar dengan penahanan tersebut, harta benda termasuk rumah, kereta dan sebagainya bernilai sebanyak RM32 juta telah dirampas daripada pengedar terbabit.

"Pada tahun lepas, seramai 44,659 pengedar dadah ditahan dengan nilai rampasan dadah berjumlah RM67 juta. Manakala jumlah harta benda pengedar yang dirampas pula ialah sebanyak RM37 juta," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat KetuaKetua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik SeMalaysia di sini hari ini.

Mesyuarat itu turut dihadiri Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, Datuk Zul Hasnan Najib Baharudin.

Ismail berkata bagi tempoh tersebut, polis juga berjaya merampas sejumlah 41 jenis senjata api termasuk submesingan, pistol dan bom tangan daripada pengedar tersebut. BERNAMA

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Air Selangor kini pemegang lesen tunggal perkhidmatan bekalan air… pengguna bakal terima bil baharu!

MENDAPATKAN bekalan air bersih yang berterusan sudah menjadi satu kemestian dalam kehidupan masyarakat hari ini.

default image

Tingkatkan kemahiran, produktiviti untuk lonjakkan status ekonomi Harimau Asia

DALAM usaha untuk melonjakkan status sebagai ekonomi Harimau Asia, Malaysia berusaha untuk mengukuhkan ekonomi dan status fiskal menjelang 2021.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030... ketahui suara dan harapan rakyat

RAKYAT menantikan Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030 yang dapat memberi manfaat kepada segenap lapisan masyarakat.

default image

Percutian travel tren janjikan servis 'awesome' dan 1,001 pengalaman menakjubkan!

TRAVEL serata dunia lebih pantas dengan menggunakan kapal terbang tetapi amat menyeronokan jika tren menjadi pilihan.

default image

15 prinsip tulang belakang untuk capai matlamat WKB2030

LIMA belas prinsip panduan digariskan berasaskan tiga aspek penting iaitu pembangunan untuk semua, menangani jurang kekayaan dan pendapatan serta negara bersatu, makmur dan bermaruah.

Artikel Lain