suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kumpulan hotel Lexis agih juadah iftar kepada anggota keselamatan

SEREMBAN: Tiga hotel Lexis di Port Dickson iaitu Lexis Hibiscus Port  Dickson, Grand Lexis Port Dickson dan Lexis Port Dickson mengagihkan juadah berbuka  puasa  kepada anggota keselamatan termasuk bomba di daerah ini  sebagai menghargai jasa mereka yang cekal menjalankan tugas di bulan Ramadan.

Penolong Pengarah Komunikasi Grand Lexis Port Dickson (Grand Lexis) Jini Sebastian berkata mereka menyediakan juadah  yang siap dibungkus iaitu nasi putih, ayam masak rendang, ikan masak berlada dan kubis  goreng udang kering.

“Sebanyak 140 bungkusan juadah buka puasa dan lima kotak kek diserahkan kepada wakil Ibu Pejabat Polis Daerah Port Dickson, Ketua Bahagian Tadbir Daerah Asisten Superitendan Sumardy Shamsudin untuk diedarkan kepada empat balai polis di sekitar Port Dickson.

“Selain  itu,  60 bungkusan juadah buka puasa dan dua kotak kek diedarkan kepada Balai Bomba Port Dickson dan Balai Bomba Teluk Kemang, diserahkan kepada  Pegawai Bomba Kanan 2 R.G Maniam,” katanya dalam kenyataan di sini, Sabtu.

Katanya Lexis juga menyediakan agar-agar buah dan kek sebagai pencuci mulut dan agihan  juadah  berbuka puasa itu merupakan program tahunan yang dianjurkan kumpulan Lexis bagi mengeratkan ukhuwah   dengan pihak penguat kuasa setempat.-- Bernama       



Lexis, iftar

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain