Bazar Ramadan: Nak pilih yang mana hari ini? - Rencana | mStar

Bazar Ramadan: Nak pilih yang mana hari ini?

BAZAR Ramadan di SS6/1 Kelana Jaya yang menempatkan 250 lot menjadi tapak bazar dengan gerai paling banyak.

Bazar Ramadan di Pusat Perniagaan Vista di Damansara Damai pula menemptkan 166 gerai, diikuti bazar Taman Medan Petaling Jaya denagn 160 gerai.

Bazar Ramadan di Seksyen 4 17/1A dan bazar Kota Damansara masing-masing menawarkan 100 gerai.

Bazar paling kecil jatuh kepada bazar Seksyen 8, Sg Jernih dengan 10 gerai sahaja.

Timbalan Datuk Bandar Petaling Jaya, Johary Anuar berkata Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) menerima 1,128 permohonan untuk 1,551 lot perniagaan di 20 lokasi bazar Ramadan tahun ini.

"Lokasi bazar paling popular tahun ini ialah Kelana Jaya, Seksyen 4 Kota Damansara dan Pusat Perniagaan Vista di Damansara Damai.

"Lot perniagaan yang kurang mendapat sambutan ialah di kawasan kurang orang ramai seperti PJ Old Town," katanya.

Ini merupakan tahun pertama MBPJ memperkenalkan permohonan dalam talian untuk permit bazar Ramadan.

Selain itu, pihak mereka juga mahu melestarikan lagi amalan hijau untuk memastikan tiada penggunaan polistren dan beg plastik di bazar Ramadan.

Johary ditemui sewaktu pembahagian dana tahunan untuk keluarga miskin dan sesi pertemuan dengan 2,405 staf MBPJ.

Di Subang Jaya, bilangan bazar Ramadan dikurangkan sebanyak 15 tapak berbanding 24 tapak pada tahun lalu.



Bazar bermula dari Khamis sehingga 14 Jun.

Enam daripada bazar itu terletak di bandar Subang Jaya, di belakang Gerai Majlis USJ 7, Jalan USJ 4/5, USJ 1 (Pangsapuri Angsana), Jalan Pinggiran USJ 1/1, di sebelah Tapak Pasar Malam Laman Batu 3, dan di hadapan flat Sri Mutiara di Putra Heights.

Dua lagi di Kinrara di Jalan BK5A / 1, Bandar Kinrara Seksyen 5, dan Taman Kinrara Seksyen 4 (di sebelah Taman Mawar).

Di Puchong, terdapat empat bazar di Jalan Perdana 2 di Taman Puchong Perdana; Jalan Prima 5/4 dan Jalan Prima 5/6 di Taman Puchong Prima; Jalan Wawasan 2/22 di Taman Wawasan, Pusat Bandar Puchong; dan Jalan PU 7/1 di Puchong Utama.

Di Serdang dan Seri Kembangan, tiga lokasi telah dikenal pasti untuk bazar iaitu di Jalan 18/35 di Taman Seri Serdang, Jalan PP 1B di Taman Equine, dan Jalan PUJ 3/2 di Puncak Jalil.

Pada tahun 2014, MPSJ memperkenalkan kempen "Say No to Polystyrene" di bazar Ramadan dan menjadi majlis pertama di negeri ini untuk menguatkuasakan pengharaman polistren pada tahun 2016.

Seperti tahun-tahun sebelumnya, majlis itu akan meneruskan usaha hijaunya, salah satu daripadanya adalah program penganugerahan peniaga bazar Ramadan contoh. 



Pada tahun ini, lapan peniaga akan dipilih.

Sementara itu, di Shah Alam, majlis bandar itu menjalankan inisiatif hijau dengan menyediakan pusat untuk mengumpul minyak terpakai di bazar Ramadan.

Ia bertujuan mengurangkan jumlah minyak masak yang mencemari longkang.

Ketua Komunikasi Korporat Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Shahrin Ahmad berkata, pihaknya mahu memastikan peniaga melupuskan minyak masak setiap hari dengan betul dan meminimumkan pembuangan sampah di bazar.

"Kami mahu memastikan bazar bersih dan persekitarannya kondusif khusus untuk pengendalian makanan dan minuman.

"Kami juga akan memeriksa penampilan para peniaga untuk memastikan mereka mengikuti prosedur operasi standard kami, termasuklah pemakaian apron dan penutup kepala, mengekalkan kuku pendek, dan memakai kasut bersesuaian," katanya.

Tambahnya lagi, Kempen Bazaar Hijau Hijau bertujuan mempromosikan penggunaan pembungkusan makanan yang mampan.

Di Ampang Jaya pula, gerai hanya boleh beroperasi dari pukul 5 petang hingga 7.30 malam kerana sebahagian besar tapak bazar merupakan tempat letak kereta.

Bazar terbesar di Ampang Jaya berada di Taman Melawati dengan 260 lot, diikuti oleh satu di MPAJ Padang Perbandaran dengan 190 lot.

Di Kuala Lumpur, lebih 4,000 lot perniagaan disediakan.

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) juga akan melancarkan kempen Keselamatan Makanan Ramadan Bazaar di bazar lot Taman Tasik Permaisuri hari ini.





bazar , Subang Jaya , MBSA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Jualan santan melonjak sepanjang Ramadan

Artikel Lain