suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Anggota Polis Maut Langgar Pagar Rumah

KOTA BAHARU: Seorang anggota polis terbunuh selepas kereta yang dipandunya terbabas dan melanggar tiang pagar sebuah rumah di Jalan Pengkalan Chepa di sini awal pagi Sabtu.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kota Baharu Supt Idris Abd Rafar berkata dalam kejadian kira-kira 1.50 pagi itu, Konstabel Mohamad Azim Zahiruddin, 22 yang menaiki kereta jenis Honda CRX dalam perjalanan dari Kota Baharu ke Pengkalan Chepa.

"Allahyarham yang bertugas di Balai Polis Badang tercampak keluar daripada kenderaan dan maut di tempat kejadian," katanya ketika dihubungi di sini.

Idris berkata berkata jenazah Mohamad Azim akan dikebumikan di kampung halamannya di Tapah, Perak.-BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain