suria

Malaysia Cipta Vaksin Penyakit Tangan, Kaki Dan Mulut

KUALA LUMPUR: Sentinext Therapeutics Sdn Bhd sedang mencipta sejenis vaksin untuk virus EV71 yang menyebabkan Penyakit Tangan, Kaki dan Mulut (HFMD), virus yang biasanya menyerang kanak-kanak dan bayi.

Virus HFMD ini boleh menyebabkan anak-anak yang diserang mengalami ulser melecet dalam mulut selain dari keradangan kulit.

Kanak-kanak yang dijangkiti HFMD kerana jangkitan EV71 mengalami risiko lebih tinggi menghidap penyakit neurologi teruk yang boleh menyebabkan kematian.

"Di Amerika dan Eropah, HFMD tidaklah begitu ketara tetapi jangkitan di Asia semenjak tahun 1997 adalah berlainan. Sesetengah kes jangkitan EV71 menunjukkan kematian.

"Perlu ada cara efektif bagi mengenali serta bertindak balas terhadap virus ini", Zarifah Hussain Reed, Penolong Pengarah Penyelidikan Klinikal di Pusat Serantau Intervensi Penyakit Menular, Singapura, memberitahu Bernama.

Vaksin terhadap virus EV71 adalah antara usaha Sentinext's mencari kaedah vaksin efektif terhadap virus tersebut.

Sentinext Theurapeutics ditubuhkan oleh Peter Wulff dan Profesor Jane Cardosa pada tahun 2009, dengan bertujuan mengeluarkan vaksin terhadap penyakit tropikal.

Malaria, Denggi

Menurut Wulff, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Sentinext, pengeluaran vaksin terhadap penyakit berjangkit seperti malaria, denggi dan HFMD tidak mencukupi sedangkan penyakit berkenaan menyerang berbilion penduduk dunia terutama yang miskin.

"Tiada insentif kewangan yang mencukupi bagi syarikat-syarkat farmasi serta bioteknologi untuk mencipta vaksin-vaksin ini", kata beliau.

Tetapi senario ini semakin berubah dengan bantuan badan-badan filantrofi antarabangsa seperti Yayasan Bill & Melinda Gates dan ini telah menimbulkan minat daripada syarikat penjagaan kesihatan barat.

"Ianya bagus kerana ada minat dari Amerika dan Eropah. Tetapi kita juga perlu berusaha untuk mencipta vaksin kita sendiri bagi penyakit di rantau ini", kata Prof Cardosa, Ketua Pegawai Saintifik Sentinext. Prof Cardosa telah berkecimpung dalam bidang penyakit berjangkit tropika selama 25 tahun.

Kehadiran Sentinext di Malaysia menggariskan keperluan mendapatkan vaksin dan terapi bagi penyakit berjangkit tropika dan pentingnya bagi mewujudkan syarikat terbabit dalam kawasan yang endemik.

Negara-negara barat mungkin mempunyai landasan dari segi teknologi tetapi kebanyakan pakar-pakar penyakit ini berada di Asia. Kuncinya adalah pengwujudan perkongsian Timur-Barat.

Perkongsian

Bagi Wulff dan Prof Cardosa, Sentinext merupakan contoh perkongsian tersebut. "Dalam bidang penjagaan kesihatan, hasil kajian saintis Malaysia boleh diperkembangankan dengan lebih efektif dengan melakukan kerjasama serta pengalaman komersil dari Amerika dan Eropah", kata Wulff.

Sementara itu, kebanyakan vaksin mengandungi virus yang tidak aktif atau lemah yang bertujuan memulakan pengeluaran antibodi dalam sistem imun badan.

Namun dalam beberapa tahun kebelaknagn ini, ada yang mula mempersoalkan keselamatan vaksin yang seumpama.

Bagi Sentinext, vaksinnya menggunakan kaedah yang lebih konvensional dibandingkan pendekatan membina vaksin daripada partikel yang menyerupai virus (VLPs).

"Ianya lebih kompleks secara saintifik tetapi lebih selamat",kata Prof Cardosa.

Sentinext kini sedang membina 'partikel virus serupa' yang boleh mimik atau meniru virus yang sebenar. VLP ini akan mencetuskan pengeluaran antibodi yang diperlukan untuk melawan virus ini jika berlakunya jangkitan.

"Dibandingkan dengan kaedah lama, kaedah ini mengelak dari memasukkan virus sebenar ke dalam badan yang boleh mengeluarkan kesan sampingan. Bagaimanuapun ia memang mencabar secara teknikal.

Membina VLP bukan sahaja memerlukan kepakaran sains yang baik malahan pembentukan konsep dan teknik makmal yang intensif. Ia memerlukan tahap kreativiti yang tinggi serta kerja yang cukup rapi", tambah Wulff.

Eksperimen Awal

Syarikat tersebut baru menyiapkan vaksin EV71 pertamanya dan ujian awal telah menunjukkan tindakbalas imun yang baik terhadap VLP. Bagi membuktikan keselamatan serta efikasi, bahan vaksin dikehendaki menjalani kajian pra-klinikal bagi haiwan sebelum ujian klinikal manusia.

Bagi pelabur-pelabur Sentinext, kerja yang dihasilkan sehingga kini cukup memberangsangkan.

"Perkembangan dalam makmal cukup memberangsangkan dan positif. Kami bukan hanya mencipta satu vaksin tetapi juga mencipta vaksin yang tidak wujud selama ini. Ianya satu perbezaaan yang signifikan dan kami begitu teruja dengan keputusan awal", kata Norhalim Yunus, ketua pegawai eksekutif Perbadanan Pembangunan Teknologi Malaysia (MTDC) yang merupakan pelabur dalam Sentinext.

Selain EV71, Sentinext juga merancang memulakan program penyembuhan terhadap malaria dan Japanese Encephalitis (JE).

Sentinext bercadang mengeluarkan saluran vaksin atau bahan teraputik yang kuat yang boleh dilesenkan dengan kerjasama syarikat gergasi farmaseutikal.

"Kejayaan syarikat-syarikat seperti Sentinext bukan sahaja penting bagi lanskap bioteknologi Malaysia malahan bidang sains di Malaysia.

"Pengkomersilan global vaksin ciptaan Malaysia boleh mencapai semangat Wawasan 2020 dan Model Ekonomi Baru", tambah Norhalim. -BERNAMA

Artikel Lain