Pantai Cherating Kini Jadi Tarikan Peluncur Air - Rencana | mStar

Pantai Cherating Kini Jadi Tarikan Peluncur Air

KUANTAN: Pantai Cherating di Pahang yang terkenal dengan keindahan panaromanya, sejak tiga lepas semakin menjadi tumpuan lokasi sukan luncur air.

Sejak 2007, pantai menghadap Laut China Selatan ini dikunjungi peluncur dari dalam dan luar negara yang menyertai lokasi pertandingan meluncur ombak anjuran "Billabong Pro Am Occy's Grom Comp".

Acara itu kebiasaannya diadakan pada hujung dan awal tahun ketika berlaku peralihan monsun di Pantai Timur kerana ombak Pantai Cherating akan setinggi hingga lima meter dan sesuai untuk pertandingan sukan luncur air.

Edisi ketiga diadakan pada 8-10 Januari tahun ini dengan penyertaan 110 orang dari sembilan negara - Malaysia, Singapura, Maldives, Filipina, Hong Kong, Indonesia, Amerika Syarikat, Mesir dan Australia.

LIMA KATEGORI

Kejohanan ini diadakan dengan kerjasama Majlis Perbandaran Kuantan (MPK), dan Perbadanan Kemajuan Bukit Fraser dan Majlis Tindakan Pelancongan Negeri Pahang.

Pengurus Acara, Tunku Mohd Khairil Tunku Ibrahim berkata sebanyak lima kategori dipertanding iaitu Lelaki Terbuka, Wanita Terbuka, Groms, Masters dan Bodyboard.

"Jumlah peserta sentiasa meningkat sehingga tahun ketiga anjuran kejohanan ini dengan melibatkan 67 peserta pada tahun pertama manakala tahun kedua seramai 88 peserta dan tahun ini ia menunjukkan peningkatan yang memberangsangkan," katanya.

Pertandingan tiga hari itu turut diselitkan dengan program klinik 'surfing' yang dikendalikan peluncur profesional dari Malaysia, Australia dan Indonesia di mana pengunjung boleh mendaftar diri secara percuma dan mengikuti program latihan meluncur ombak dengan bantuan pelatih profesional.

SUKAN AIR YANG UNIK

Pengarah Teknikal Jawatankuasa Penganjur, Idros Yahya berkata permainan luncur ombak merupakan sukan air yang unik kerana peluncur akan bermain ketika bendera merah dikibarkan tanda amaran kepada orang ramai tidak mendekati pantai.

Namun hakikatnya ia merupakan saat paling seronok bagi peluncur ombak kerana dapat meneruskan hobi dan minat mereka mengharungi ombak besar.

"Tidak semua orang pandai meluncur kerana ia perlu mempunyai kemahiran yang tinggi untuk 'berjalan' di atas air," katanya.

PELUANG BELAJAR DARIPADA PELUNCUR LUAR NEGARA

Sementara itu Yang Dipertua (MPK), Datuk Azizan Ahmad berkata sudah tiba masanya untuk peluncur tempatan belajar kemahiran meluncur daripada peluncur luar negara terutama para profesional.

Meluncur ombak semakin popular dan kejohanan ini turut memberi ruang kepada peluncur tempatan yang serius menjadi peluncur mempamerkan kehebatan masing-masing.

"Mereka mampu pergi jauh sehingga tahap antarabangsa jika mereka berlatih bersungguh-sungguh dan pertandingan ini sebenarnya memberi peluang untuk mereka berbuat demikian," katanya.

Selain itu, katanya, sukan ini menempatkan Cherating di peta dunia dan menarik ramai pelancong tempatan dan asing ke sini.

PEMENANG KEJOHANAN

Pada kejohanan 2010, peserta daripada Maldives, Hussain Areef@Iboo merangkul gelaran johan bagi katergori lelaki terbuka diikuti peserta dari Filipina, Esquievel Rogelio manakala tempat ketiga ialah peserta Malaysia, Mohd Didaqt Musaddiq.

Bagi kategori Wanita Terbuka, Yudi Andika dari Indonesia merupakan juara, tempat kedua dimenangi Cheryl Tang dari Singapura dan tempat ketiga dimenangi peserta tuan rumah, Brenda Lee.

Peluncur Esquievel Rogelio sekali lagi muncul juara dalam kategori Groms diikuti peserta Malaysia, Mohd Nazrin Nasruddin dan Mohd Didaqt, tempat ketiga.

Bagi kategori Masters pula, peserta Malaysia, Azman Abdul Razak dan Raymond masing-masing mendapat tempat pertama dan kedua manakala Aaron Wright dari Amerika Syarikat menduduki tempat ketiga.

Sementara bagi kategori Bodyboard, peserta dari Maldives, Ali Khushruwan Ahmad Ali muncul juara manakala Waqi dan Ahmad Rusyuddin dari Malaysia masing-masing mendapat tempat kedua dan ketiga.

Juara bagi setiap kategori menerima barangan tajaan Billabong bernilai RM3,000. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Menyambut Maulidur Rasul Dengan Semangat Perpaduan

Artikel Berikut

Aspek 1Malaysia Yang Dibanggai Penduduk Sarawak

Klik

default image

WKB 2030 fokus 9 kumpulan terpinggir, ketahui siapa mereka

PENGURUSAN polariti dalam WKB 2030 mengenal pasti sembilan kumpulan sasaran sebagai golongan terpinggir.

default image

Culas bayar cukai kena penalti 300 peratus, ketahui 10 fakta penting Program Khas Pengakuan Cukai Secara Sukarela

HANGAT diperkatakan mengenai isu melunaskan cukai dan masih ada yang culas untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai pembayar cukai. 

default image

Agenda bumiputera masih keutamaan WKB 2030

STATISTIK oleh Institut Masa Depan Malaysia (Masa), bumiputera berada di bahagian bawah apabila ia berkaitan dengan pemilikan kekayaan dan tahap pendapatan.

default image

Penggunaan air di Malaysia lebih tinggi daripada negara jiran? Jom kita jimat air!

ADAKAH penggunaan air kita setiap hari ke arah penjimatan atau pembaziran?

default image

Ketahui 8 petunjuk bagi memantau manfaat WKB 2030 dikongsi rakyat

INDIKASI sosial sedang dibina bagi memastikan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030) memenuhi sasaran dan memberi manfaat kepada semua.

Artikel Lain