suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

UniMAP Pertaruh 35 Produk Pada MTE 2012

KANGAR: Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) akan mengemukakan 35 produk penyelidikannya untuk dipertandingkan pada Ekspo Teknologi Malaysia (MTE) 2012 di Kuala Lumpur yang bermula 16 Feb ini.

Naib Canselor UniMAP, Prof Datuk Dr Kamarudin Hussin berharap universiti itu mampu menyaingi produk penyelidikan lain pada ekspo tiga hari tersebut.

"Kami mensasarkan lebih banyak kejayaan dalam bidang penyelidikan dan pembangunan pada tahun ini, sekali gus dapat meningkatkan lebih banyak kerjasama dengan pihak industri yang berminat dengan hasil penyelidikan UniMAP," katanya dalam satu kenyataan, di sini Selasa.

Beliau berkata ini kerana sudah tiba masanya untuk UniMAP menghasilkan produk bagi tujuan komersial dan dapat memberi manfaat kepada masyarakat.

Lebih 550 produk akan dipertandingkan pada MTE 2012 yang menawarkan 95 pingat emas kepada para penyelidik seluruh negara.

MTE adalah pameran penyelidikan teknologi yang terbesar di rantau ini dan pada tahun lalu UniMAP berkongsi kedudukan tempat ketiga bersama Universiti Putra Malaysia apabila memperolehi empat pingat emas, tujuh perak dan 16 gangsa daripada 36 produk yang dipertandingkannya. - BERNAMA

Artikel Lain