suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

TUANKU AISHAH ROHANI DIISYTIHAR CANSELOR KEDUA USIM

PUTRAJAYA: Tunku Ampuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Aishah Rohani almarhum Tengku Besar Mahmud diisytiharkan sebagai Canselor kedua Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) pada majlis konvokesyen kesembilan universiti tersebut, pada Sabtu.

Perisytiharan tersebut diumumkan Naib Canselor USIM Profesor Datuk Dr Muhamad Muda yang mewakili Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

Baginda bertitah bahawa seharusnya semua pihak harus sedar dan menghargai atas segala usaha kerajaan Malaysia, kerajaan Negeri Sembilan dan Kementerian Pengajian Tinggi ke arah membangunkan negara dengan membangunnya lebih banyak universiti dan kemudahan prasarana yang sempurna.

"Dengan adanya sokongan kerajaan ini, maka lebih banyak graduan dapat dilahirkan setiap tahun. USIM sendiri, setelah lebih 10 tahun membangun adalah merupakan salah satu institusi Islam yang disegani dirantau Asean ini.

"Pancapaian graduan bukan sahaja cemerlang dalam bidang akademik bahkan dalam bidang kokurikulum dan juga hubungan antarabangsa, adalah satu tanda ukur bahawa USIM seterusnya mampu mengorak langkah lebih maju dalam merealisasikan dasar pendidikan tinggi dan wawasan kerajaan Malaysia," kata baginda ketika bertitah pada majlis tersebut.

Seramai 1,196 orang graduan dianugerahkan ijazah dalam bidang masing-masing pada majlis konvokesyen ini.- BERNAMA

Artikel Berikut

Artikel Lain