suria

IPTA Ambil 41,267 Calon Untuk Sesi Kemasukan 2011/12

KUALA LUMPUR: Universiti awam negara telah menerima kemasukan 41,267 orang calon bagi sesi kemasukan 2011/2012 daripada 64,700 permohonan lepasan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) atau yang setaraf dengannya.

Menurut Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Dr Hou Kok Chung berkata, tahun lalu, jumlah kemasukan ke institusi pengajian tinggi swasta pula berjumlah 132,554 orang.

Kata Dr Hou, semua kemasukan ke institusi pengajian tinggi awam telah dilakukan menerusi sistem pengambilan pusat kecuali Universiti Sains Malaysia (USM)selaku universiti apex dibenar membuat pengambilan sendiri.

USM sahaja telah mengambil 4,405 orang pelajar daripada 29,091 orang yang memohon.

Beliau berkata demikian pada persidangan Dewan Rakyat, Selasa.

Artikel Lain