suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

UPSI Anjur Seminar E-Dagang Untuk Lengkapkan Pengetahuan Peserta

KUALA LUMPUR: Menyedari pentingnya kaedah pemasaran yang berkesan, Fakulti Seni, Komputeran dan Industri Kreatif (FSKIK) Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) menganjurkan seminar E-Dagang.

Seminar itu bertujuan melengkapkan peserta dengan pengetahuan asas berkenaan teknik dan kaedah penggunaan aplikasi ICT bermula daripada kaedah web kepada e-dagang yang boleh diguna untuk tujuan pengembangan perniagaan.

Menerusi pengetahuan dalam menggunakan beberapa aplikasi berbantu ICT dalam perniagaan, peserta seminar dapat bergerak seiring dengan program yang dirangka oleh pihak kerajaan melalui Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) dalam memperkasakan keusahawanan dalam bidang pemborongan, peruncitan dan perkhidmatan,” kata UPSI dalam satu kenyataan pada Selasa.

Seminar bertema "Pemasaran Dalam Talian: Mengevolusikan Perniagaan Anda" itu dianjurkan bersama Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) dan KPDNKK, di Dewan Konvensyen UPSI.

Menerusi seminar ini juga, para peserta berpeluang mendengar sendiri pengalaman dua usahawan internet yang telah berjaya dalam dunia maya - Adly Mukhtar (Ketua Pegawai Eksekutif Flarebiz Network Sdn Bhd) dan Jamaludin Bahari. - BERNAMA

Artikel Lain