suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Dzulkifli Dilantik Naib Canselor AIU

GEORGE TOWN: Bekas Naib Canselor Universiti Sains Malaysia (USM) Tan Sri Dzulkifli Abdul Razak dilantik sebagai Naib Canselor Universiti Antarabangsa Albukhairy (AIU) di Alor Setar, Kedah.

Menurut kenyataan AIU pada Selasa, pelantikan Dzulkifli berkuatkuasa Isnin dan beliau menggantikan Datuk Dr Sharom Ahmat.

Dzulkifli, 60, yang tamat perkhidmatan sebagai Naib Canselor USM pada 27 September lepas setelah menerajui universiti itu selama 11 tahun.

AIU adalah sebuah universiti swasta milik Yayasan Albukhary yang beroperasi sejak tahun lepas dan ditaja oleh ahli perniagaan Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary.

Kampus AIU terletak di dalam Pusat Ilmu Sharifah Rokiah di Jalan Tun Abdul Razak di Alor Setar. - BERNAMA

Artikel Lain