suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Penuntut UPNM Diingat Agar Guna Nilai Intelektual Selesai Masalah

KUALA LUMPUR: Penuntut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) diingatkan agar menggunakan nilai intelektual dan kredibiliti diri dalam menyelesaikan masalah supaya tidak mudah terpesong daripada matlamat asal sebagai penuntut.

Naib Canselornya Lt Jen Datuk Wira Allatif Mohd Noor berkata penuntut universiti itu perlu bijak menilai dan membuat keputusan supaya mereka boleh mengatasi segala cabaran sebagai penuntut sekaligus berjaya menamatkan pengajian.

"Saya menyeru kepada mahasiswa agar gunakanlah nilai intelektual dan kredibiliti anda agar tidak mudah terpesong dari matlamat asal anda melangkah kaki ke UPNM ini," katanya pada majlis perasmian Mingguan Orientasi Siswa UPNM di sini, Jumaat.

Allatif berkata penuntut perlu memahami dan menghayati misi serta visi universiti agar dapat menjadi insan yang terbaik pada hari-hari mendatang.

"Walaupun di universiti menuntut untuk anda hidup berdikari, tidak bermakna pelajar perlu menjalani kehidupan sendirian tanpa perlu berkongsi dengan rakan-rakan dan pelajar-pelajar senior yang lain," katanya.

Seramai 577 pelajar baru terdiri daripada 329 pegawai kadet dan 248 pelajar awam, menyertai majlis orientasi itu. -BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain