suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Yayasan Felda Rancang Naik Taraf Institut Teknologi Utama Sebagai Kolej

KUALA LUMPUR: Yayasan Felda merancang menaik taraf Institut Teknologi Utama (ITU) sebagai sebuah kolej swasta menjelang akhir tahun ini bagi memberi lebih banyak peluang kepada generasi muda Felda melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi.

Pengerusi yayasan itu Tan Sri Dr Mohd Yusof Noor berkata perbincangan diadakan dengan Kementerian Pengajian Tinggi lebih setahun lalu untuk menjadikan institut itu sebagai sebuah kolej swasta yang menawarkan kursus di peringkat diploma.

Bercakap kepada pemberita selepas menyampaikan sijil kepada 474 orang pelajar daalam pelbagai kursus anjuran Yayasan Felda di sini, Mohd Yusof berkata pada masa kini, ITU menawarkan kursus di peringkat sijil termasuk bahasa Inggeris, penjagaan kesihatan, multimedia dan kulinari/katering.

Katanya Yayasan Felda telah melatih 10,268 pelajar dalam pelbagai bidang di empat kolej iaitu Kolej Integrasi Ilmu (KINI) di Trolak, KINI Raja Alias, Negeri Sembilan; KINI Mempaga dan Pusat Latihan Kelana Jaya di sini sejak ditubuhkan pada 1998.

Mohd Yusof berkata Yayasan Felda akan terus menyediakan kursus-kursus yang bersesuaian dengan permintaan pasaran pekerjaan selain mempertingkatkan kemahiran dan kejayaan mereka dalam bidang yang diceburi. - BERNAMA

Artikel Lain