Saifuddin Saran Pengajian Sosial Di Universiti Dipertingkat - Kampus | mStar

Saifuddin Saran Pengajian Sosial Di Universiti Dipertingkat

MELAKA: Pengajian bidang sosial di universiti harus dipertingkat bagi membantu usaha kerajaan mentransformasikan masyarakat di negara ini menjadi sebuah komuniti yang berjaya dan maju.

Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Saifuddin Abdullah berkata untuk itu, universiti harus memastikan jumlah pengambilan pelajar dalam bidang tersebut sentiasa seimbang dengan bidang-bidang lain.

Pada masa yang sama, persepsi masyarakat yang masih menganggap dasar berkaitan sosial sebagai kelas kedua perlu diubah supaya dasar itu dilihat sama penting dengan dasar lain, katanya kepada pemberita, di sini malam Rabu.

Beliau yang ditemui selepas menyampaikan ucaptama pada Wacana kepimpinan Perdana Pembangunan Sosial juga melihat persepsi masyarakat itu sebagai antara faktor pengekang kepada pelaksanaan program pembangunan sosial di negara ini.

"Bagaimana kita mengarusperdanakan pembangunan sosial dalam pembangunan negara? Bukan ia tidak dilakukan tetapi dasar sosial seperti dasar sosial negara, dasar wanita, dasar belia, masih dianggap seolah-olah macam dasar kelas kedua oleh masyarakat tetapi kepada kerajaan tidak," katanya. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Klik

default image

WKB 2030: Gandingan kerajaan-swasta penting untuk manfaat rakyat

SEKTOR swasta perlu berganding bahu dengan kerajaan sebagai fasilitator untuk memperbaiki ketidakseimbangan pendapatan di negara ini.

default image

Kata kuncinya semangat berpasukan, penganjuran julung kali perlumbaan perahu naga korporat PjH catat kejayaan berganda!

PERLUMBAAN perahu naga korporat anjuran Putrajaya Holdings membuka laluan kepada perlumbaan lebih besar pada masa akan datang.

default image

Culas bayar cukai kena penalti 300 peratus, ketahui 10 fakta penting Program Khas Pengakuan Cukai Secara Sukarela

HANGAT diperkatakan mengenai isu melunaskan cukai dan masih ada yang culas untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai pembayar cukai. 

default image

CPA Australia platform berkualiti, pantas capai kelayakan perakaunan diiktiraf global

JIKA anda mempunyai kelayakan yang sewajarnya dalam industri perakaunan, perbankan dan kewangan, ia boleh memberikan prospek kerja dan kepelbagaian projek kepada anda.

default image

Jurang ekonomi penduduk bandar dan desa cabaran utama WKB 2030

JURANG ekonomi yang besar di antara kumpulan pendapatan, etnik serta kawasan luar bandar dan bandar antara cabaran besar yang dihadapi negara.

Artikel Lain