suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

UMS Mahu Komuniti Antarabangsa Di Sabah Diberi Perkhidmatan Terbaik

KOTA KINABALU: Universiti Malaysia Sabah (UMS) menggesa penyedia perkhidmatan di negeri itu memberikan yang terbaik kepada komuniti antarabangsa sepanjang tempoh mereka berada di situ.

Naib Canselornya, Datuk Kamaruzzaman Ampon berkata komuniti antarabangsa mempunyai peranan di UMS terutama menerusi kehadiran penuntut dari luar negara.

"Komuniti antarabangsa khususnya kakitangan dan penuntut universiti ini, telah menyumbang kepada usaha pengantarabangsaan UMS.

"Pembentukan komuniti antarabangsa bukan hanya memanfaatkan UMS, tetapi juga Sabah dan Malaysia, daripada segi perniagaan sampingan seperti dalam bidang makanan, pengangkutan, bahan bacaan dan pelancongan," katanya pada majlis Malam Penghargaan Antarabangsa UMS di sini.

Beliau juga berkata kemasukan penuntut antarabangsa di UMS mengiktiraf kualiti pendidikan di negara ini dan pencapaian mereka turut mengharumkan nama universiti itu.

Setakat ini, Kamaruzzaman berkata UMS mempunyai 318 penuntut antarabangsa di peringkat diploma dan 76 lepasan ijazah dalam pelbagai bidang. - BERNAMA

Artikel Lain