suria

Saintis Berhimpun Di Sabah Hadiri BMRI Pada 8 Mac

KOTA KINABALU: Lebih 100 saintis daripada pelbagai universiti dan institusi di rantau ini akan berhimpun di Sabah bagi menghadiri seminar tahunan kali kelapan, Sains Marin dan Akualtur (BMRI) di Universiti Malaysia Sabah (UMS) selama tiga hari bermula 8 Mac.

Mereka termasuklah saintis dari Malaysia, Jepun, Korea Selatan, Iran dan Filipina.

Menurut satu kenyataan UMS, seminar itu dianjurkan bersama oleh BMRI, Direktorat Oseanografi Kebangsaan dan Kinki University, Jepun.

Seminar itu melibatkan ucaptama oleh penceramah jemputan, persembahan lisan dan poster berhubung "Pembangunan dan Pengurusan Mapan Sumber-sumber Akuatik", sesi yang dikendalikan serentak pada 8 dan 9 Mac di Dewan 1Borneo dekat sini.

Seminar itu antara lain bertujuan berkongsi pengalaman dan membincangkan penemuan penyelidikan terkini sumber-sumber marin akuatik dan akuakultur.

Orang ramai yang berminat dipelawa menyertai seminar dengan yuran pendaftaran minimum. Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web http://www.ums.edu.my/ipmb/ums-ku2011 atau menghubungi sekretariat seminar di 088-320000 sambungan 2587, 2589, 2633. - BERNAMA

Artikel Lain