suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

UniMAP Wujud Pelan Strategik 2011-2015 Untuk Muncul Antara Universiti Terbaik Dunia

KANGAR: Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) yang mensasarkan untuk muncul sebagai antara 500 universiti terbaik di dunia menjelang 2020, telah mewujudkan Pelan Strategik UniMAP 2011-2015.

Naib Canselornya Prof Datuk Dr Kamarudin Hussin berkata pelan itu merangkumi enam teras termasuk penyelidikan berimpak tinggi, keunggulan akademik, tadbir urus gemilang dan siswazah berbakat istimewa.

"Untuk menjadi antara yang terbaik kita perlu menyertai liga dunia dalam aspek akademik, penyelidikan, kepakaran dan urus tadbir," katanya ketika menyampaikan ucaptama tahunan UniMAP di sini Khamis.

Beliau yakin sasaran itu mampu dicapai berdasarkan pencapaian universiti itu dalam pelbagai bidang termasuk penyelidikan setakat ini.

Katanya antara 2007 dan 2010, sebanyak 168 hasil penyelidikan UniMAP telah memenangi pingat di peringkat global dan 156 penyelidikan memenangi pingat di peringkat dalam negara.

Pencapaian UniMAP dalam pelbagai bidang turut mendapat tempat di media massa dan sepanjang tahun lalu sebanyak 419 berita berkaitan universiti ini disiarkan oleh media-media massa, katanya.

Dr Kamarudin berkata mulai tahun ini sehingga 2015, universiti itu memasuki fasa pemantapan dan pemerkasaan yang memerlukan komitmen seluruh warganya.

Beliau berkata cabaran untuk warga UniMAP ialah mereka perlu memastikan universiti itu sentiasa bersaing dan tidak ketinggalan jauh di belakang. - BERNAMA

Artikel Lain