suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

JHEAT Anjur Seminar Pemantapan Ummah Guru Khamis Ini

KUALA TERENGGANU: Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) akan menganjurkan seminar pemantapan ummah untuk guru Sekolah Menengah di negeri ini pada Khamis depan di Dewan Konvensyen Wisma Darul Iman di sini.

Menurut kenyataan JHEAT, seminar itu yang diadakan sempena sambutan Maulidur Rasul, bertujuan mengukuhkan kefahaman dan pegangan aqidah umat Islam dan memperjelaskan kepada peserta mengenai kepincangan fahaman yang menyeleweng daripada aqidah sebenar.

"Ia juga bertujuan memberi mesej kepada masyarakat bahawa penyatuan ummah adalah berteraskan kepada aqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah yang bersandarkan kepada Al-Quran dan Hadis dan menghasilkan resolusi yang dapat dijadikan panduan kepada pemimpin dan masyarakat dalam menangani isu aqidah umat Islam," menurut kenyataan itu.

Dua kertas kerja akan dibentang bertajuk 'Kesamaran Yang Perlu Dijelaskan Dalam Memahami Agama' oleh pensyarah Universiti Sultan Zainal Abidin, Ustaz Talib Abd Rahman dan 'Peranan Guru Dalam Memahami dan Membanteras Penyelewengan Agama' oleh Pegawai Agama Menteri Besar Terengganu, Ustaz Kamaruddin Omar.

Seminar sehari itu dijangka disertai 400 guru sekolah menengah dari seluruh negeri ini. - BERNAMA

Artikel Lain