suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pelatih PLKN Diberi Keutamaan Lanjut Pelajaran Di UPNM

SEREMBAN: Pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang terpilih menyertai Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) dan memenuhi syarat kelayakan, diberi keutamaan untuk melanjutkan pelajaran ke Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM).

Ketua Pengarah Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN) Datuk Abdul Hadi Awang Kechil berkata perkara itu dipersetujui oleh Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi pada mesyuarat pasca kabinet kementerian itu, Rabu.

Bahagian Perkhidmatan Anggota Angkatan Tentera Malaysia telah menerima sebanyak 2,716 permohonan ke UPNM daripada pelatih PLKN, katanya kepada pemberita selepas perasmian Program Pendidikan Kesihatan Reproduktif dan Sosial (PKRS) di Kem PLKN oleh Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil di kem Sri Perkasa di sini Khamis.

Beliau berkata temuduga khusus bagi pemilihan ke UPNM untuk para pelatih PLKN itu akan diadakan di Kem Terendak (Melaka), Kem Gemas (Negeri Sembilan) dan pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia di Subang dari 17 April hingga 23 April.

Mereka yang terpilih untuk memasuki UPNM akan diberi elaun sebanyak RM1,123.50 sebulan pada tahun pertama, katanya.

Penginapan, makanan, yuran pengajian dan pakaian juga diberi percuma oleh kerajaan Malaysia, katanya. - BERNAMA

Artikel Lain