suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

UTM Teroka Sumber Perolehan Baru Tampung Perbelanjaan

KUALA LUMPUR: Universiti Teknologi Malaysia meneroka sumber perolehan baru bagi menampung sekurang-kurangnya 30 peratus daripada perbelanjaanya menjelang 2013 bagi mengurangkan penggantungannya terhadap pembiayaan kerajaan.

Naib Canselor Prof Datuk Dr Ir Zaini Ujang berkata perbelanjaan operasi universiti dijangka mencecah RM1 bilion pada 2013.

Beliau berkata universiti akan menswastakan beberapa aktivitinya seperti pengurusan acara, seminar dan pengendalian program bagi menjana pendapatan.

"Bermula minggu ini, kami juga akan melancarkan universiti swasta kami.

"Selain itu, kami juga membangunkan perkongsian dengan beberapa syarikat yang kami jangka bakal menghasilkan 100 syarikat lain daripada 12 sekarang ini," kata beliau kepada pemberita selepas majlis pemeteraian perjanjian Pembiayaan Islam Terma Murabahah Komoditi berjumlah RM100 juta dengan Maybank Islamic Bhd di sini Jumaat.

Prof Zaini berkata universiti menyasar untuk menjana RM100 juta dalam perolehan setahun daripada aktiviti penswastaan daripada RM13 juta sekarang ini yang diperoleh daripada fi, perundingan, pengkomersialan hak harta intelek dan penyelidikan kontrak.

"Tahun ini, kami mempunyai empat inisiatif berhubung kemudahan yang kami rancang untuk ada di kampus Johor dan Kuala Lumpur.

Kemudahan berkenaan merupakan 2,000 unit pangsapuri mewah, makmal perindustrian maju, menara ikonik dan yang keempat masih dalam perundingan.

Beliau berkata UTM akan memerlukan kira-kira RM400 juta untuk membiayai projek-projek itu dan meninjau lebih banyak pembiayaan swasta.

"Kami berharap akan terdapat penglibatan dengan institusi kewangan di masa depan seperti Maybank bagi memenuhi keperluan modal universiti," katanya.

Beliau berkata dengan pembiayaan Maybank Islamic, UTM akan menjimatkan hampir RM27 juta dengan menyelesaikan pinjaman dengan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja setelah bank menawarkan kadar faedah rendah sebanyak 3.8 peratus. - BERNAMA

Artikel Berikut

Artikel Lain