suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Newcastle University, UTM Meterai MoU Dalam Bidang Teknologi Marin

JOHOR BAHRU: Newcastle University dari United Kingdom dan Universiti Teknologi Malaysia (UTM) hari ini memeterai perjanjian persefahaman (MoU) untuk bekerjasama dalam bidang penyelidikan dan pembangunan teknologi marin.

Skop MoU itu turut meliputi kerjasama dalam bidang penyelidikan dan pembangunan, pembangunan kuliah dan latihan, program pertukaran kakitangan dan pelajar serta pertukaran maklumat dalam perkara yang melangkaui bahan penyelidikan dan penerbitan.

Naib Canselor Newcastle University Prof Chris Brink berkata kerjasama itu akan memberi manfaat besar kepada kedua-dua universiti pada masa akan datang.

"Kami kagum dengan kegiatan penyelidikan dan pembangunan UTM dalam bidang seperti tenaga, air dan pengangkutan," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menandatangani MoU tersebut bagi pihak Newcastle University. UTM diwakili naib canselornya Prof Datuk Ir Dr. Zaini Ujang.

Zaini berkata kerjasama antara UTM dan universiti penyelidikan dari United Kingdom itu terjalin sejak 20 tahun lepas.

"Hasil daripada satu perbincangan pada Mac, Newcastle University bersetuju untuk bekerjasama secara rasmi dengan UTM dalam bidang penyelidikan dan pembangunan teknologi marin," katanya.

Beliau berkata UTM berharap kegiatan penyelidikan dan pembangunan ini akan dapat dilaksanakan secara agresif untuk menjana lebih banyak ilmu pengetahuan, di samping memenuhi keperluan melahirkan modal insan berkualiti. - BERNAMA

Artikel Lain