suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

IBM Dan Universiti Brunei Jalin Usahasama

KUALA LUMPUR: IBM Malaysia Sdn Bhd dan Universiti Brunei Darussalam akan bekerjasama mengkaji iklim yang membabitkan impak perubahan iklim untuk ramalan banjir, hasil tanaman, tenaga boleh diperbaharui dan kesejahteraan hutan hujan di rantau itu. Ini akan membantu Universiti Brunei meningkatkan kemampuan penyelidikannya dalam kepelbagaian bio, tenaga dan teknologi tani, kata mereka dalam satu kenyataan bersama, Khamis.

Universiti Brunei akan menggunakan komputer utama Blue Gene IBM, yang pertama di rantau Asia Tenggara, untuk menyediakan komputer berprestasi tinggi dalam usaha sama itu. Para penyelidik dari IBM dan Universiti Brunei akan bekerjasama untuk membangunkan model iklim berdasarkan data iklim serantau.

Model hidrologi baharu itu akan digabungkan dalam model cuaca bagi membolehkan ramalan banjir dan impak iklim ke atas hutan hujan.

Kerjasama penyelidikan ini akan memperkukuh misi Universiti Brunei untuk menjadi universiti antarabangsa kelas pertama, dalam usaha menjadi perusahaan yang dipacu pendidikan. - BERNAMA

Artikel Berikut

Artikel Lain