suria

Pro-Aspirasi Rampas UM

Sebahagian calon pilihan raya kampus Universiti Malaya meraikan kemenangan mereka semasa pengumuman penuh di Dewan Tunku Canselor di Kuala Lumpur hari ini. Foto Oleh AZLINA ABDULLAH
Sebahagian calon pilihan raya kampus Universiti Malaya meraikan kemenangan mereka semasa pengumuman penuh di Dewan Tunku Canselor di Kuala Lumpur hari ini. Foto Oleh AZLINA ABDULLAH
Sebahagian calon pilihan raya kampus Universiti Malaya meraikan kemenangan mereka semasa pengumuman penuh di Dewan Tunku Canselor di Kuala Lumpur hari ini. Foto Oleh AZLINA ABDULLAH

PETALING JAYA: Kumpulan Pro-Aspirasi (Pro-A) berjaya menumbangkan 'kerajaan' Pro-Mahasiswa (Pro-M) pada pilihan raya kampus Universiti Malaya (UM) sesi 2009/2010 selepas keputusan penuh diumumkan petang semalam.

UM merupakan institusi pengajian tinggi awam yang sentiasa menjadi perhatian setiap kali pilihan raya kampus diadakan.

Dengan keputusan 24-17, kumpulan Pro-M hilang penguasaan dalam Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) sesi ini di kampus berkenaan.

Calon bebas pula mendapat tambahan kerusi daripada dua kepada tiga pada tahun ini.

Sebanyak 41 kerusi dipertandingkan dengan 32 fakulti dan sembilan umum pada pilihan raya kali ini.

Naib Canselor UM, Prof Datuk Ghauth Jasmon mengmumkan keputusan luar jangkaan itu di Dewan Tunku Canselor kira-kira pukul 7 petang tadi.

"Jawatankuasa pemilihan kampus turut memberi peluang kepada calon yang bertanding untuk membuat rayuan," katanya.

Terdahulu, berlaku kekelituan di kalangan sebahagian mahasiswa apabila mereka mengundi di pusat mengundi yang salah.

Walaupun sistem e-undi baru pertama kali dilaksanakan, tiada sebarang kejadian tidak diingini berlaku dan pada pukul 2.30 petang kira-kira 50 peratus pelajar telah membuat undi masing-masing.

Timbalan Naib Canselor (Bahagian Kebajikan Pelajar dan Alumni) UM, Prof Madya Datuk Dr Azarae Idris berkata sistem e-undi digunakan bagi memastikan keputusan pemilihan dapat diketahui segera kerana pengundian secara manual tidak dijalankan.

Keputusan pemilihan kampus UM tahun lalu diumumkan pada pukul 4 pagi.

Dalam pada di Universiti Putra Malaysia (UPM), kumpulan Pro-M mendesak satu pemilihan baru diadakan ekoran pembatalan kemenangan tujuh calon mereka pada pilihan raya kampus yang diadakan tiga hari lalu.

Kumpulan tersebut mendakwa keputusan pemilihan yang baru itu sepatutnya dibatalkan dan diisytiharkan tidak sah kerana dilaporkan tidak mematuhi peraturan pilihan raya.

Katua kumpulan berkenaan, Ahmad Faris Rakbi mendakwa, mereka dituduh berkempen secara berkumpulan dengan menggunakan laman sosial ‘Facebook’ sedangkan tuduhan itu tidak benar.

Selain itu, kumpulan berkenaan berkata, peraturan pilihan raya yang digunakan terlalu umum dan samar-samar.

Selepas mengadakan sidang media, kumpulan berkenaan menyampaikan isu secara bertulis kepada Naib Canselor UPM, Prof Nik Mustapha Raja Abdullah.

Ketika diminta mengulas, Nik Mustapha berkata, setiap calon diberi peluang untuk mengemukakan rayuan dan dakwaan mereka tidak dapat dipastikan lagi kerana tempoh rayuan belum berakhir.

“Jika pelajar tidak berpuas hati dengan sesuatu isu, mereka boleh mengemukakan rayuan,” katanya.

Tempoh rayuan berkahir pada pukul 4 petang hari ini dan semua rayuan akan disiasat sebelum keputusan diumumkan.

Mengenai isu berkenaan, kumpulan itu bersedia mengheret isu itu ke mahkamah demi menuntut keadilan berdasrkan bukti yang adai.

Sementara itu, di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Bangi, proses pengundian berjalan lancar tanpa sebarang kejadian tidak diingini berlaku.

Timbalan Naib Canselor UKM (Bahagian Kebajikan Pelajar dan Alumni), Prof Datuk Dr Mohamad Abd Razak berkata persaingan di kalangan pelajar adalah memberansangkan dengan syarat ia dijalankan dengan cara yang sihat.

Beliau berkata, universiti berkenaan masih menggunakan sistem pengundian secara manual kerana e-undi terlalu mahal.

Bagaimanapun, beliau berkata pihak universiti juga tidak mempunyai keraguan mengenai kaedah tersebut kerana pelajar dan kakitangan universiti gembira dengan kaedah pengundian yang telah mereka gunakan selama ini.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Pro-Aspirasi Rampas UM

Artikel Lain