suria

Pilihan Raya Kampus Kecoh, Pro-M Kepung Pejabat TNC

KUALA LUMPUR: Kegagalan Pro-Mahasiswa (Pro-M) menguasai dua buah universiti utama negara dalam pilihan raya kampus yang berlangsung semalam telah mendorong kumpulan tersebut mengepung pejabat timbalan naib canselor (TNC) sehingga memaksa campur tangan polis. Insiden tersebut berlaku di Universiti Malaya (UM) yang menyaksikan kumpulan Pro-M tewas kepada Pro-Aspirasi (Pro-A) dan juga Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Di UKM, situasi agak tegang apabila lebih 300 mahasiswa yang menyokong barisan Pro-M mengepung dan tidak membenarkan timbalan naib canselor (hal ehwal pelajar) keluar dari pejabatnya mencetus kekecohan sehingga pukul 3 pagi.

Situasi itu telah memaksa pihak universiti memanggil polis yang kemudiannya tiba bersama pasukan Unit Simpanan Persekutuan (FRU).

Pada pilihan raya di UKM, kumpulan Pro-A memenangi 21 kerusi manakala Pro-M sebanyak 14 kerusi. Mereka mula berkumpul di hadapan pejabat TNC sejak lewat petang dan enggan berganjak sehingga pukul 3 pagi.

Hanya dengan campur tangan polis dan FRU barulah situasi di UKM dapat dikawal dan kepungan para mahasiswa berjaya disuraikan.

Sementara itu di UM keadaan yang sama berlarutan sehingga lewat tengah malam apabila lebih kurang seratus mahasiswa yang tidak berpuas hati dengan kekalahan calon-calon Pro-M.

Calon-calon Pro-A menguasai 22 kerusi manakala Pro-Mahasiswa 15 manakala empat calon lagi yang menang menggelar diri mereka calon bebas yang tidak bernaung di bawah mana-mana kumpulan. Kedua-dua pihak pengurusan tertinggi universiti berkenaan hari ini masing-masing mengadakan mesyuarat bagi membincangkan insiden malam tadi.

Sementara itu, lebih 200 mahasiswa daripada kumpulan Pro-M UM, meneruskan demonstrasi mereka sejak awal pagi tadi sehingga sekarang.

Kumpulan itu dilaporkan berarak dari Dewan Tunku Canselor ke bangunan Canselori yang menempatkan pejabat Naib Canselor dan Timbalan Naib Canselor.

Jurucakap kumpulan ini berkata, mereka tidak akan berganjak sehingga dapat menemui Naib Canselor UM, Prof Datuk Dr Ghauth Jasmon.

Buat masa ini, pihak pengawal keselamatan universiti masih mengawal keadaan tanpa campur tangan pihak polis.

Laporan lanjut akan menyusul kemudian...

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Pro-Aspirasi Rampas UM

Artikel Lain