suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Sup Ayam Suhun

SELAIN dijadikan salah satu lauk untuk berbuka, sup ayam suhun juga sesuai dimakan begitu sahaja sebelum anda mengambil hidangan utama untuk berbuka.

Bahan-bahan

Suhun 
Tauge
3 ketul dada ayam
1 biji sup bunjut
7 ulas bawang putih-tumbuk
2 cubit serbuk lada hitam
2 ketul kiub pati ayam
Garam dan air

Cara Penyediaan

1. Dalam periuk isikan air, kiub pati ayam, dada ayam, bawang putih, garam, sup bunjut dan serbuk lada hitam.
2. Didihkan sehingga dada ayam masak. Angkat dada ayam dan sejukkan.
3. Carikkan isi ayam.
4. Suhun direndam dan setelah kembang tuskan.
5. Sewaktu menghidangkan, masukkan suhun, tauge dan isi ayam, dan tuangkan kuah sup jernih.


Artikel Lain