suria

Sup Isi Ketam Berempah Jadi Taruhan Hotel Sunway Putra

Hotel Sunway Putra hidang 100 jenis jaudah berbuka puasa.
BERTEMAKAN Dari Dapur Ummi, Hotel Sunway Putra menawarkan hidangan tradisional yang membawa anda kembali ke kampung halaman.

Semua resipi adalah merupakan daripada air tangan ibu dicampur pula dengan bahan-bahan terbaik bagi menghasilkan lebih 100 menu serta manisan buat pelanggan yang ingin berbuka di sini.

Sejumlah 100 hidangan dengan 10 gerai bakal menghidangkan juadah mengikut kategori tertentu bagi menudahkan pengunjung membuat pilihan.

Sotong Masala


Menu utama pada Ramadan kali ini, dapur Hotel Sunway Putra mengetengahkan pelbagai jenis makanan tradisional dan kerabu. 

Antara kerabu yang menjadi pilihan ialah kerabu kacang botol, kerabu ayam pedas, kerabu cekur dan daging, kerabu isi ikan pedas dan kerabu isi kelapa.

Selain itu, hidangan terbaik yang sentiasa mendapat perhatian ramai ialah sup isi ketam berempah yang diperbuat daripada bahan-bahan segar seperti herba dan rempah ratus.

Tidak ketinggalan ulam-ulaman kampung bersama lapan jenis sambal yang pastinya menambat selera untuk berbuka puasa.

Ikan bawal masak lemak bunga kantan

Selain itu, bufet Ramadan kali ini turut menawarkan dapur BBQ bagi peminat daging salai dengan pelbagai pilihan sama ada daging, kambing atau ayam.

Menu biasa setiap kali bulan puasa seperti ayam percik Seri Meranti, daging rendang dendeng, kambing dalca mangga muda, ikan tenggiri goreng dengan sambal lemak tempoyak, udang kalio dengan belimbing buluh dan kari kepala ikan turut disajikan sebagai pilihan.

Bagi yang berminat untuk berbuka puasa di sini, hotel menawarkan pelbagai pakej bermula dengan Muhibbah Set Dinner RM1,088 semeja untuk lapan orang, manakala mini bufet RM98 seorang.

Artikel Berikut

Daging Pandan

Artikel Lain