suria

Briyani Udang Rempah

NASI briyani selalunya menjadi menu pilihan bagi sesuatu majlis termasuk rumah terbuka sempena Aidilfiti. Jika briyani ayam dan daging sering dihidangkan, apa kata dicuba yang berasaskan udang pula.

Bahan:

1 kg beras Basmathi - direndam selama 1/2 jam dan ditoskan

1 kg udang - dibersihkan

1 sudu besar serbuk cili

1 sudu teh serbuk lada hitam

1 sudu teh serbuk kunyit

1 sudu teh garam masala

1 sudu teh serbuk jintan putih 

2 ulas bawang merah - dikisar

2 ulas bawang putih - dikisar

2 biji tomato - dipotong dadu

2 labu bawang besar - dipotong dadu

2 sudu besar minyak sapi atau 1/2 cawan minyak masak

6 cawan stok udang - dari kepala udang

1/2 cawang kacang peas

Bahan hiasan:


timun

telur rebus

daun pudina

daun ketumbar

cili merah

kacang gajus

Cara:

Toskan beras dan goreng sekejap tanpa minyak dalam kuali. Panaskan kuali dan masukkan minyak sapi dan tumiskan bawang, hali, bawang putih dan goreng hingga naik wangi. 

Selepas itu, masukkan udang, jintan, cili serbuk, kunyit, garam masalah dan garam. Selepas itu, masukkan tomato dan beras tadi berserta stok udang dan biarkan hingga nasi kering. Selepas itu masukkan kacang peas dan biarkan nasi masak.

briyani udang rempah

Artikel Sebelum

Puding Trifle

Artikel Berikut

Makaroni Bakar

Artikel Lain