suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Paksa doktor pakar buka pelitup muka, keluarga VVIP dakwa ibu tidak terima rawatan rapi

Dr. Syahpri dipaksa menanggalkan pelitup muka oleh ahli keluarga pesakit. -Foto detikcom

SEORANG doktor pakar dipaksa menanggalkan pelitup muka selepas dituduh tidak melakukan pemeriksaan sewajarnya oleh keluarga pesakit.

Menerusi video berdurasi 1 minit 5 saat itu, keluarga pesakit yang berang didakwa dilihat cuba membuka pelitup muka doktor bertugas di hadapan seorang pesakit wanita yang sedang terbaring.

"Buka pelitup muka, jelaskan kamu doktor apa! Kami di ruang VVIP (tetamu kehormat utama). Ibu saya sudah tiga hari dirawat, tetapi hanya diberikan keputusan x-ray," ujar salah seorang ahli keluarga.

Kejadian dipercayai berlaku di Hospital Sekayu, Musi Banyuasin, Indonesia pada pagi Selasa.

Meskipun dilayan sebegitu rupa, Doktor Pakar Buah Pinggang, Dr. Syahpri Putra Wangsa, Sp.PD, K-GH, FINASIM tetap berdiam diri dan sabar.

Malah dia dengan sedaya upaya berusaha memberikan penjelasan kepada pihak keluarga.

Dalam pada itu, Ketua Perhubungan Awam Hospital Daerah Sekayu, Dwi tampil mengulas mengenai isu tular berkenaan.

"Kami akan menjalankan siasatan bagi mengenal pasti kronologi serta motif kejadian," katanya. -Agensi

Artikel Lain