suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Padah panjat keretapi, dua kanak-kanak kritikal terkena renjatan elektrik

Trek kereta api seolah-olah menjadi 'lokasi panas' dalam kalangan anak muda. -Foto Facebook Jabatan Utama Perkhidmatan Kecemasan Chernihiv

KEGEMBIRAAN dua sahabat memanjat bumbung gerabak keretapi membawa padah apabila kedua-dua mereka terkena renjatan elektrik.

Kanak-kanak lelaki yang masing-masing berusia 12 tahun itu dilaporkan kritikal dalam kejadian berkenaan.

Insiden dipercayai berlaku di Bakhmach Nizhyn, Chernihiv, Ukraine Rabu lalu.

Jabatan Utama Perkhidmatan Kecemasan wilayah berkenaan menggesa ibu bapa sentiasa memantau pergerakan anak-anak bagi mengelak kejadian yang sama berulang.

Mangsa dikejarkan ke hospital bagi menjalani rawatan. -Foto Facebook Jabatan Utama Perkhidmatan Kecemasan Chernihiv

Ia susulan kes kanak-kanak menceroboh landasan keretapi bukannya yang pertama dilaporkan berlaku di kawasan tersebut.

"Landasan keretapi bukanlah tempat untuk bersuka ria. Ingatkan anak-anak tentang risiko bermain berhampiran landasan.

"Patuh kepada peraturan yang ditetapkan kerana ia mampu menyelamatkan nyawa," tegas jabatan itu menerusi Facebook.

Kedua-dua mangsa telah pun diberikan rawatan awal dan diserahkan kepada petugas kesihatan untuk menerima rawatan susulan.

Dalam pada itu, siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengenal pasti punca dan perincian kes. -Agensi

Artikel Lain

Rawi MS meninggal dunia