suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Mangsa terkorban tragedi di Ahmedabad meningkat kepada 274, penghuni asrama antara maut

Rempuhan tersebut turut mengakibatkan lapan individu di asrama Hospital Awam Ahmedabad maut.

JUMLAH angka kematian dalam tragedi pesawat Air India meningkat kepada 274 orang.

Pesawat yang berlepas ke London dari Lapangan Terbang Antarabangsa Sardar Vallabhai, Ahmedabad di India itu terhempas beberapa minit sejurus berlepas dan merempuh bangunan asrama Hospital Awam Ahmedabad.

Berdasarkan laporan terkini, sumber mengesahkan terdapat lapan lagi mangsa ditemukan terbunuh di lokasi asrama berkenaan.

Kesemua mereka terdiri daripada enam pelajar Ijazah Sarjana Muda Perubatan dan Pembedahan (MBBS), seorang doktor muda, dan seorang wanita.

Sebelum ini dilaporkan 265 individu terkorban akibat rempuhan berkenaan. 

Pada petang Khamis, pesawat Boeing 787 Dreamliner yang membawa 242 individu termasuk 230 penumpang dan 12 anak kapal terhempas.

Hanya seorang mangsa dilaporkan terselamat iaitu Vishwash Kumar Ramesh, 40, seorang rakyat Britain berketurunan India.

Siasatan terperinci sedang dijalankan bagi mengenal pasti punca sebenar nahas. -Agensi

Artikel Lain

Rawi MS meninggal dunia