suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kompleks ketenteraan Israel, ‘The Kirya’ dibedil peluru berpandu Iran

Satu letupan dilihat semasa serangan peluru berpandu di Tel Aviv, Israel pada Jumaat. -Foto Agensi

IBU pejabat tentera Israel dilaporkan mengalami kerosakan besar selepas Iran melancarkan serangan peluru berpandu bertubi-tubi ke tengah bandar raya Tel Aviv, lewat malam Jumaat.

Rakaman dramatik yang dikongsi di media sosial dan disahkan oleh The New York Times menunjukkan kawasan strategik tentera Israel menjadi sasaran, termasuk pusat arahan utama Angkatan Pertahanan Israel (IDF). 

ARTIKEL BERKAITAN: Iran lancar serang balas ke atas Tel Aviv, penduduk diarah berpindah

Antara lokasi yang terjejas adalah The Kirya, kompleks ketenteraan yang dianggap setaraf dengan Pentagon di Amerika Syarikat.

Dalam klip video yang tular, ia menunjukkan sekurang-kurangnya satu peluru berpandu Iran berjaya menembusi sistem pertahanan udara Israel dan mengenai lokasi sensitif di pusat bandar Tel Aviv.

"Kirya adalah Pentagon versi Israel, dan bangunan di dalam kompleks ini baru sahaja dibedil," kata ketua koresponden asing Fox News, Trey Yingst, yang berada di tempat kejadian. 

"Terdapat kerosakan yang ketara," tambahnya lagi.

Meskipun IDF tidak mengesahkan secara rasmi bahawa ibu pejabatnya telah terkena serangan, mereka telah mengeluarkan rakaman serangan yang menunjukkan Iran melepaskan gelombang peluru berpandu balistik ke wilayah Israel selama beberapa jam. -Agensi

Artikel Lain

Rawi MS meninggal dunia