suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kecoh satu kampung! Motor ‘terbang’ atas bumbung gara-gara brek rosak

Tangkap layar video yang tular ketika proses mengeluarkan motosikal yang tersangkut pada bumbung rumah seorang penduduk.

TULAR di media sosial apabila sebuah motosikal yang ditunggang dua gadis terbabas dan tersangkut pada bumbung rumah seorang penduduk kampung.

Kemalangan 'luar biasa' yang berlaku di Kampung Cikuya, Jawa Barat, Indonesia itu menyebabkan sebahagian atap rumah berkenaan hancur.

Menurut Ketua Unit Polis Trafik Tasikmalaya, Yudiono, motosikal tersebut ditunggang oleh Lani Alviani dan dibonceng dua lagi rakannya, Siti dan Siti Nualifah yang masing-masing berusia 6 tahun.

Polis mengesahkan kemalangan berlaku berpunca akibat brek motosikal yang gagal berfungsi ketika menuruni jalan yang curam.

Kedudukan rumah penduduk berkenaan yang selari dengan jalan menyebabkan penunggang motosikal hilang kawalan lalu terbabas merempuh bumbungnya.

Bagaimanapun, ketiga-tiga gadis tersebut tidak mengalami sebarang kecederaan, manakala bumbung rumah penduduk berkenaan juga sudah dibaiki. -DETIK.COM

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain