suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Gempar! Objek menyerupai tangan manusia terapung dalam terusan

Objek menyerupai tangan manusia yang ditemui terapung di dalam terusan berhampiran Pasar Hua Koh. -Gambar Sanok

ORANG awam yang berada di sekitar Pasar Hua Koh, Mueang, Thailand terkejut apabila menemukan objek seakan-akan tangan manusia terapung di dalam terusan berhampiran pasar berkenaan.

Justeru, penemuan mencurigakan berkenaan segera dimaklumkan kepada pihak polis.

Anggota dari Balai Polis Samut segera bergegas ke lokasi kejadian untuk melakukan penyiasatan.

Orang ramai turut kelihatan berkumpul di sekitar terusan untuk menyaksikan dengan lebih dekat objek misteri berkenaan, yang kelihatan seperti pergelangan tangan manusia.

Bagaimanapun, selepas dibawa naik ke daratan dan diteliti, ternyata objek berkenaan bukanlah tangan manusia, sebaliknya ia adalah sarung tangan getah yang dibuang.

Penemuan berkenaan sekaligus mengundang kelegaan penduduk setempat. -Thaiger

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain