suria

Wanita diserang ketika sedang pakai gincu di tandas, pelaku muncul toreh muka dengan gelas pecah

Mangsa merupakan seorang ibu yang mempunyai seorang anak. -foto Media Wales

NATALIE Arthurs, 36, telah diserang oleh seorang wanita, dengan gelas kaca digunakan sebagai senjata, dalam kejadian di sebuah bar di Wind Street, United Kingdom pada 17 November 2022.

Arthurs sedang memakai gincu di hadapan cermin tandas perempuan apabila dia terdengar pelaku menjerit dalam keadaan marah dengan bunyi gelas kaca dipecahkan.

Mangsa memberitahu, dia nampak dengan jelas gelas yang pecah itu dihala ke arah mukanya dan dapat merasa bagaimana wajahnya ditoreh.

Ketika bergelut dengan pelaku, ibu kepada seorang anak ini nyaris dikelar di bahagian leher, namun kaca tersebut terkena pada bahu dan dadanya.

Pelaku dilarang daripada memuat naik sebarang maklumat mangsa selama 10 tahun. -foto Media Wales

Pelaku dilarang daripada memuat naik sebarang maklumat mangsa selama 10 tahun. -foto Media Wales

Mangsa yang merupakan tentera pasukan simpanan dan juga pemandu pelatih di Royal Logistic Corps dirawat di hospital selama tiga hari.

Selepas kejadian Arthurs nekad untuk berhenti berkhidmat sebagai tentera simpanan kerana tidak mahu dirinya disalah anggap tercedera sewaktu bertugas.

Sementara itu, pelaku, Emily Williams, 25, telah didakwa dan dijatuhi hukuman atas serangan tersebut.

Dia mengaku tidak bersalah melakukan serangan tersebut, malah menyatakan cerita yang diberitahu oleh mangsa adalah rekaan semata-mata.

Hakim menyifatkan tindakan Williams sebagai 'kejahatan di luar kepercayaan'. - Media Wales

Williams akan menjalani dua per tiga daripada hukumannya dalam tahanan. - Media Wales

Hakim yang menjatuhkan hukuman menyifatkan tindakannya sebagai satu 'kejahatan di luar kepercayaan'.

Seorang saksi memberitahu mahkamah bahawa Williams nampak seperti dirasuk dan menggunakan senjata itu seolah-olah dia memotong daging.

Perintah larangan daripada memuat naik sebarang maklumat tentang mangsa selama 10 tahun telah dikenakan.

Williams juga akan menjalani dua per tiga daripada hukumannya dalam tahanan sebelum dibebaskan dengan syarat, hukuman yang selebihnya adalah khidmat masyarakat. - Daily Star.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain