suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pengantin 'enjoy' majlis kahwin lepas gempa, runtuhan bangunan jadi latar belakang

Majlis perkahwinan diadakan sekitar runtuhan bangunan.

KEROSAKAN dan runtuhan bangunan akibat gempa bumi berukuran 6.2 magnitud tidak menghalang pasangan pengantin dari Jishishan, China meneruskan majlis perkahwinan mereka pada 24 Disember lalu.

Video tular memaparkan, majlis pasangan pengantin Biao Xianggui dan Yuan Shilong berlatar belakangkan runtuhan bangunan dan kerosakan.

Pengantin lelaki mendedahkan mereka telah bersama selama lebih empat tahun dan pada mulanya merancang untuk berkahwin tahun lalu, tetapi terpaksa menangguhkan hasrat berkenaan.

Hanya tinggal seminggu sebelum perkahwinan yang dijadualkan semula berlangsung, gempa bumi pula melanda.

“Walaupun ketakutan, kami juga merasai keterujaan yang luar biasa. Ia adalah pengakhiran yang sempurna," ujarnya. - SCMP News

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain