suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Setia hingga hujung nyawa... Isteri maut dipanah petir ketika naiki motosikal, suami kritikal

Keadaan motosikal dalam kemalangan.

MALANG tidak berbau.

Seorang lelaki berada dalam keadaan kritikal, manakala isterinya maut selepas dipanah petir ketika menunggang motosikal.

Memetik laporan Khmer Times, kejadian yang meragut nyawa isterinya itu berlaku pada pukul 12.30 tengah hari Ahad di Romduol, Svay Rieng di Thailand.

Polis berkata, mangsa bernama Chou Sovanndara, 35, sedang menaiki motosikal bersama suaminya, Pean Ra, 32, ketika kejadian dipanah petir.

Jelas beliau, Pean Ra dikejarkan ke hospital dan masih kritikal, manakala isterinya meninggal dunia di lokasi kejadian.

Mayat mangsa diserahkan kepada keluarganya untuk urusan pengebumian.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain