suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Sanggup panjat tandas untuk dapatkan Apple Watch, wanita terperangkap tak dapat keluar

Mangsa terperangkap di dalam tandas ketika cuba mendapatkan jam miliknya. -Gambar AP

SEORANG wanita di utara Michigan, Amerika Syarikat terpaksa dibantu oleh pihak berkuasa selepas terperangkap di dalam sebuah tandas ketika dia cuba untuk mendapatkan Apple Watch miliknya.

Wanita yang namanya tidak didedahkan itu terperangkap di dalam tandas dekat sebuah tasik selepas dia memanjat masuk untuk mendapatkan semula jam tangan miliknya yang terjatuh.

Menerusi kejadian pada Selasa, responden pertama dipanggil apabila wanita itu kedengaran menjerit meminta tolong.

Mereka terpaksa menggunakan tali untuk menyelamatkan wanita itu yang terperangkap di bahagian dalam.

"Jika anda kehilangan barang di tandas luar, jangan cuba untuk masuk. Kecederaan serius mungkin berlaku,” kata polis negeri dalam kenyataan pada Rabu.

Polis negeri tidak menyatakan dengan lanjut sekiranya wanita itu cedera atau jam tangan tersebut telah ditemui atau sebaliknya. - AP.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain