suria

Gara-gara diminta bantu sediakan makan malam, lelaki lempar pokok Krismas pada isteri

Atchison mempunyai rekod jenayah lampau. foto Lake County Sheriff’s Office

SEORANG lelaki berjanggut yang menyerupai Santa Claus, didakwa membaling pokok Krismas ke arah isterinya hanya kerana diminta untuk mebantu menyediakan makan malam.

Kejadian berlaku di Fruitland Park di Florida, Amerika Syarikat.

Richard Daniel Atchison, 52, hilang sabar apabila isterinya berusia 48 tahun juga tidak sengaja membuatkan dirinya basah ketika meletakkan sudu dalam singki dapur.

Disebabkan percikan air tersebut, dia memarahi isterinya.

Lelaki itu dikatakan mengemas barang-barangnya dan ke luar untuk ke keretanya, tetapi kembali dan menyuruh isterinya keluar dari rumah.

ARTIKEL BERKAITAN: Punggung wanita tertusuk batang besi dalam tragedi pokok Krismas

Isteri Atchison memberitahu pihak polis bahawa dia cuba untuk keluar melalui pintu utama, tetapi Atchison menolak bahunya menyebabkan dia tersandung.

Atchison juga didakwa mengambil pokok Krismas di dalam bilik dan melemparkannya ke dapur sehingga patah.

Menurut laporan afidavit, sebahagian pokok yang patah itu juga dibaling ke arah isterinya.

Wanita itu berlari ke dalam bilik tidur dan menutup pintu, namun lelaki itu mengikutnya dan menendang pintu untuk memecah masuk.

Apabila polis tiba di tempat kejadian, Atchison didapati sedang menjerit kepada isterinya.

Atchison menuduh isterinya telah mencelup perkakas ke dalam makanan yang panas sehingga terpecik ke mukanya kepada pihak polis.

Dia juga mendakwa pergaduhan itu tidak melibatkan fizikal, dan hanya berlaku secara lisan. Mangsa juga tidak mengalami kecederaan.

Atchison ditahan pada petang Isnin, 12 Disember dan didakwa atas keganasan rumah tangga termasuk pelanggaran injunksi.

Dia dihantar ke Penjara Lake County dan dilepaskan dengan jaminan sebanyak AS$8,000 (RM35,389).

Atchison mempunyai rekod jenayah sebelum ini dan didapati keluar masuk penjara sebanyak 23 kali sejak 1997, dengan lima kesalahan melibatkan keganasan rumah tangga. - Metrio UK

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain