suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Lelaki maut terjatuh ke dalam sungai di London Bridge ketika suhu bawah takat beku

Lokasi kejadian yang menyaksikan seorang lelaki maut lemas di Sungai Thames.

SEORANG lelaki maut selepas terjatuh ke dalam air beku berhampiran London Bridge ketika suhu menjunam sehingga bawah takat beku -3 Celcius

Pasukan bantuan kecemasan bergegas ke tempat kejadian di Sungai Thames sekitar jam 5.30 petang Isnin waktu tempatan.

Pihak berkuasa tempatan semuanya menyertai pencarian tetapi malangnya tidak membawa hasil untuk menemui lelaki itu.

Tetapi pihak polis kini berkata mereka telah menemui mayat yang mereka dipercayai lelaki yang jatuh ke dalam sungai Thames tersebut.

Identitinya masih belum dapat disahkan.

Jurucakap Polis Metropolitan menyatakan mayat seorang lelaki telah ditemui di tebing air di London Bridge pada puku 9:25 malam waktu tempatan.

“Dia dipercayai lelaki yang dilihat terjatuh ke dalam air tadi.

"Polis sedang berusaha untuk mengesahkan identitinya dan memaklumkan waris. Keadaan kematian tidak dianggap sebagai mencurigakan," katanya. - The Sun

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Sungai Thames, London Bridge, lemas, beku

Artikel Lain