suria

Popular kerana bulu ketiak, model kini hidup dalam tekanan... Peminat ugut nak ‘unfollow’ kalau cukur!

Model ini popular kerana menyimpan bulu ketiaknya. Foto: instagram.com/fenellascorner.

PILIH gaya semulajadi.

Begitulah kisahnya mengenai model ini yang selesa menyimpan bulu ketiaknya.

ARTIKEL BERKAITAN: Tak cukur bulu ketiak ada baiknya, paling penting bukan punca badan berbau!

Menurut Fenella Fox, 28, bulu ketiak itu turut membawa tuah buatnya sehingga dia lebih berjaya dan menerima banyak tawaran kerja.

Menurut wanita dari Bristol itu, dia kini bagaimanapun tertekan apabila peminat menghalangnya untuk tampil dengan imej baharu.

"Saya mula menyimpan bulu pada badan ketika berusia 19 tahun. Kerjaya saya bermula selepas saya kongsi gambar dan video memaparkan bulu ketiak di Instagram dan YouTube.

"Saya tak sedar saya berjaya menarik perhatian ramai peminat lelaki, ada dalam kalangan mereka suka wanita yang memiliki bulu ketiak," ujar model OnlyFans itu.

Tambah Fenella, ada dalam kalangan peminat mahu berhenti mengikutinya di media sosial jika dia mengambil keputusan untuk tampil dengan imej baharu.

"Kini saya tertekan, golongan peminat tak benarkan saya cukur bulu ketiak. Mereka ugut untuk unfollow sekiranya saya cukur bulu ketiak," ujarnya lagi. - Daily Star.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain