suria

Akibat tertekan menjadi mangsa buli, kanak-kanak berusia 10 tahun kini hampir botak

Gambar menunjukkan gadis yang kini hampir botak.

SEORANG kanak-kanak perempuan pernah menjadi mangsa buli rakan sekolah ketika berusia tujuh tahun.

Bonnie Pullman berasal dari London ini terpaksa menanggung derita apabila rambutnya menjadi botak akibat pengalaman pahit tersebut.

Kini dia sudah berusia 10 tahun dan dipercayai dibuli sejak tiga tahun lalu oleh rakan sebayanya di sekolah.

Menurut sumber, penderitaan atau ‘trauma’ yang dilaluinya setiap hari menyebabkan mangsa menghidap alopesia atau keguguran rambut kritikal akibat kerap menangis dah tertekan.

Meskipun ibu mangsa iaitu Wendy sudah berusaha untuk menghentikan aktiviti buli itu, namun rambut anak perempuannya itu masih tidak tumbuh semula.

Setiap kali pulang dari sekolah, dia akan menangis dan setiap kali itu, kami melihat rambut gugur dari kepalanya.

Bagaimanapun, apabila sekolah ditutup selama enam bulan, rambut Bonnie mula tumbuh semula.

Jelas Wendy, dua minggu sebelum anaknya kembali ke sekolah pertumbuhan rambutnya semakin ‘terbantut’ sehinggalah kepalanya botak sepenuhnya.

Perkara tersebut kemungkinan dipengaruhi oleh pemikiran serta kebimbangan Bonnie untuk masuk semula ke sekolah.

Sejak Bonnie mengalami masalah keguguran rambut, kesihatan anak perempuannya itu dikatakan semakin merosot sehingga pada satu tahap, dia enggan untuk menjamu selera.

Tak dinafikan, perkara tersebut secara tidak langsung memberi kesan kepada kesihatan mental mangsa. -CORNWALLLIVE

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain