suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pengunjung pantai sedang leka berenang terkejut helikopter terhempas dalam air

Dua daripada tiga individu dalam helikopter itu mengalami kecederaan dan dikejarkan ke sebuah hospital berdekatan.

SEBUAH helikopter terhempas di kawasan pantai di Miami, menyebabkan dua individu mengalami kecederaan.

Kejadian itu berlaku di kawasan South Beach, pada jam 1.10 tengah hari, 19 Februari lalu.

Helikopter yang terhempas itu turut menyebabkan berlakunya percikan air.

Pasukan penyelamat menggunakan bot dan jet ski untuk ke lokasi tersebut.

Menurut laporan, dua daripada tiga individu dalam helikopter itu mengalami kecederaan dan dikejarkan ke sebuah hospital berdekatan.

Menurut saksi, mereka sukar percaya apabila menyaksikan sendiri kejadian itu berlaku.

"Kami sangka ia sedang mendarat sehinggalah nampak ia semakin dekat dengan pengunjung pantai.

"Nampak seperti pilot sudah melakukan yang terbaik untuk mengelakkan kejadian tak diingini terhadap pengunjung pantai," ujar seorang saksi menerusi Twitter. - Daily Star.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain