suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Covid-19: Guna cara unik sebar kepentingan menjaga kesihatan, penyelam terlatih bersenam dalam air

Aravind memakai 'goggle' dan bersenam dengan menggunakan 'dumbbells' di dalam air.

KETIKA rata-rata negara di dunia sedang berjuang melawan gelombang kedua Covid-19, antara perkara yang turut menjadi keutamaan adalah memastikan tubuh kekal sihat dan cergas.

Dan untuk meningkatkan kesedaran ramai mengenai tentang pentingnya memelihara kesihatan tubuh badan, seorang lelaki dari Puducherry, India tampil dengan cara yang unik iaitu bersenam di dalam air.

Video lelaki tersebut mulai tular di Twitter selepas dimuat naik oleh seorang wartawan tempatan bernama Pramod Madhav.

Di dalam video tersebut, kelihatan lelaki yang dikenali sebagai Aravind memakai 'goggle' dan bersenam dengan menggunakan 'dumbbells'.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Dia dilaporkan merupakan seorang penyelam terlatih.

Aravind melakukan senaman itu pada kedalaman 14 meter.

Berdasarkan laporan India Today, Aravind telah terlibat dengan aktiviti menyelam di pantai Chennai dan Puducherry sejak 20 tahun yang lalu. - India.com

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Lain