suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Syak curang, suami tikam isteri 25 kali hingga mati... orang awam rakam kejadian

Insiden seorang wanita diserang suaminya di Delhi, India. foto India Times/ thetatvindia

SEORANG lelaki bertindak menikam isterinya sebanyak 25 kali hingga mati di sebuah pasar di Delhi, India, lapor TNN.

Dalam kejadian di Budh Vihar di barat laut Delhi, insiden tersebut turut dirakamkan orang awam.

Berlaku di siang hari, kejadian itu turut disaksikan orang awam tetapi mereka tidak tampil menyelamatkan mangsa.

Menurut laporan NDTV Online, mangsa berusia 26 tahun dilaporkan dibunuh oleh suaminya yang mengesyaki isterinya menjalinkan hubungan sulit.

Suspek turut mengancam orang awam yang menyaksikan kejadian itu untuk tidak masuk campur mahupun menyelamatkan mangsa.

Polis berkata, mereka telah menahan suspek yang bekerja di sebuah biro perkahwinan. - India Times

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain