suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pensyarah Harvard dakwa makhluk asing datang melawat bumi pada 6 September 2017

Dakwanya, dia mengesan kunjungan itu pada 6 September 2017 di sekitar kepualauan Hawaii. Foto: ESO/M. Kornmesser / SWNS.COM.

KISAH mengenai kewujudan makhluk asing masih lagi menjadi teka-teki sehingga ke hari ini.

Terbaharu, dakwaan yang dibuat oleh Avi Loeb, pensyarah Universiti Harvard mengenai isu itu ternyata mengejutkan ramai.

Menerusi buku terbaharunya berjudul Extraterrestrial: The First Sign of Intelligent Life Beyond Earth, dia mendakwa makhluk asing ada berkunjung ke bumi pada tahun 2017.

Menerusi buku yang bakal diterbitka itu, dia memberi amaran bahawa lebih banyak kunjungan makhluk asing akan berlaku pada masa akan datang.

Untuk rekod, Loeb mengetuai Jabatan Astronomi di universiti berprestij itu.

Dakwanya, dia mengesan kunjungan itu pada 6 September 2017 di sekitar kepualauan Hawaii.

Biarpun ada yang menyelar dakwaan itu, Loeb tetap teguh dengan pendapatnya. - Daily Star.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain