suria

Bayi ‘mati’ hidup semula ketika upacara pengebumian

Bayi tersebut sebenarnya masih lagi bernyawa semasa diperiksa pegawai farmasi terbabit.

SEORANG bayi yang sudah disahkan meninggal dunia 'hidup' semula beberapa minit sebelum upacara pengebumian berlangsung.

Bayi lelaki yang berusia kurang setahun itu dibawa ke sebuah hospital di Dibrugarh dekat daerah Assam, India pada Ahad.

Namun dia disahkan meninggal dunia oleh seorang pegawai farmasi kerana ketiadaan doktor pada hari kejadian.

Keluarga bayi terbabit membawa pulang mayatnya untuk upacara pengebumian.

Namun beberapa minit sebelum dikebumikan bayi terbabit mula menggerakkan badannya.

Terkejut dengan situasi itu, keluarga terbabit membawa bayi tersebut ke hospital lain untuk pengesahan.

Malangnya dia menghembuskan nafas terakhirnya sebaik tiba di hospital itu.

Pada awalnya bayi tersebut masih lagi bernyawa ketika diperiksa seorang pegawai farmasi.

Akibatnya lelaki tersebut berdepan tindakan undang-undang di atas kesilapan dilakukannya. - Daily Star

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain