suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Keji! Wanita menyamar sebagai pesakit kanser ovari untuk kutip sumbangan, guna wang derma lebih RM200 ribu untuk berjoli

Nicole Elkabbass didakwa menipu dengan berpura-pura sebagai seorang pesakit kanser ovari bagi mengutip sumbangan orang ramai menerusi laman GoFundMe.

SEORANG wanita didakwa di mahkamah atas pertuduhan melakukan penipuan dengan menyamar sebagai seorang pesakit kanser bagi meraih sumbangan daripada orang ramai.

Nicole Elkabbass, 42, didakwa membuat 'cerita' dengan berpura-pura sebagai seorang pesakit kanser ovari dan mengutip sumbangan orang ramai menerusi laman GoFundMe.

Dia turut menyertakan gambarnya yang sedang berbaring di atas katil hospital, kononnya sebagai 'bukti' dirinya memerlukan dana untuk melakukan rawatan bagi 'penyakitnya'.

Hakikatnya, gambar tersebut sebenarnya diambil selepas dia menjalani pembedahan membuang pundi hempedu, mahkamah diberitahu.

Hasil penipuan tersebut, Elkabbass berjaya memperoleh sumbangan bernilai £45,000 (RM246,116).

Apa yang lebih mengejutkan, dia menggunakan wang berkenaan untuk percutian mewah, membeli tiket perlawanan bola sepak pasukan Tottenham Hotspur dan berjudi.

Elkabbass, dari Broadstairs, Kent, menghadapi dua pertuduhan melakukan penipuan yang berkaitan dengan wang yang diterimanya antara Februari dan Ogos 2018. - Dailystar

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain